Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) telah melakukan satu kaji selidik bebas bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Kecenderungan Pengundi dalam PRK P176 Kimanis” bagi membolehkan satu rumusan objektif keadaan semasa politik Sabah dan Malaysia dibuat selain untuk menilai keberdayaan kerjasama politik Pakatan Harapan-WARISAN dan Muafakat Nasional.
Kaji selidik ini dilakukan secara tatap muka selama enam hari iaitu dari 10 Januari 2020 sehingga 15 Januari 2020 dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Kajian lapangan ini melibatkan 297 responden atau 1.00% daripada jumlah seluruh pengundi berdaftar Kimanis, iaitu 29,664.
297 responden ini adalah mewakili semua segmentasi kaum, umur dan jantina berdasarkan jumlah seluruh pengundi berdaftar Kimanis iaitu:
1. Kaum : 63.61% Bumiputera Islam (BI), 30.67% Bumiputera Bukan Islam
(BBI), 3.59% Cina dan 2.58% Lain-lain.
2. Umur : 41.38% 21-40 Tahun, 41.33% 41-60 Tahun dan 17.28% Lebih 60
Tahun.
3. Jantina : 49.89% Lelaki dan 50.11% Perempuan.
Kaji selidik ini dijalankan di semua 19 Daerah Mengundi (DM) di Kimanis iaitu 10 DM
dalam DUN Bongawan membabitkan 162 responden dan 9 DM dalam DUN
Membakut membabitkan 135 responden.
Laporan Penuh boleh Download PDF Ini