
Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) kini dikenali sebagai Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. TSIS merupakan badan korporat yang menggabungkan dua agensi terdahulu; Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) dan Terengganu Development Institute (TDI).
TSIS telah beroperasi sejak 1 Januari 2011 dan telah diperbadankan pada 20 Februari 2011 di bawah Akta Syarikat 1965. Sebelum ini, TSIS beroperasi di Kem Telaga Batin, Seberang Takir berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
TSIS dahulunya dikenali sebagai T-ISSI telah dijenamakan semula pada tahun 2014. Lokasi TSIS sekarang terletak di Jalan Kemajuan, bersebelahan dengan Cosmopoint. Hasil proses pembaharuan TSIS telah membentuk sebuah badan pemikir yang integer dalam membantu dan menyokong Kerajaan Negeri Terengganu dengan ketelusan dan kebolehlaksanaan.