Ahli Lembaga Pengarah

YB MOHD NOR BIN HAMZAH

PENGERUSI

Y.B Mohd Nor adalah seorang ahli politik dari Parti Islam Se Malaysia (PAS), beliau dilahirkan pada 18 Februari 1972 di Bukit Payung, Terengganu. Beliau mempunyai kelayakan akademik Diploma Syariah, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dari tahun 1990 hingga 1992, dan Ijazah Sarjana dalam Syariah Wal Qanun, di Universiti Al-Azhar dari tahun 1993 hingga 1995. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Diploma Siswazah, Zamalek, Mesir dari tahun 1996 hingga 1999. Kini beliau merupakan salah seorang exco bagi kerajaan negeri Terengganu yang memegang jawatan sebagai exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu. Beliau juga merupakan salah seorang wakil rakyat bagi dun Bukit Payung. Pengalaman beliau dalam bidang akademik sebelum ini, ialah sebagai Timbalan Pengarah di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI) dari tahun 2004 hingga 2008. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu pada tahun 2007 hingga 2008, dari 2009 hingga 2011 sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Terengganu, dan dari tahun 2008 hingga sekarang sebagai Ahli Parlimen Bukit Payung, dari tahun 2011 hingga sekarang sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu. Terakhir, dari tahun 2011 hingga sekarang sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Marang.

YB MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Y.B Muhammad Khalil adalah seorang ahli politik dari Parti Islam Se Malaysia (PAS), beliau dilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, Terengganu. Beliau mempunyai kelayakan akademik di peringkat sarjana di Porthsmouth University, United Kingdom pada tahun 2002 hingga 2003 dalam Pengajian Islam dan Sarjana Syariah Sarjana Muda, Universiti Al Iman, Yaman pada tahun 1997 – 2001 untuk Pengajian Islam dan Syariah. Beliau kini merupakan wakil rakyat bagi dun Batu Buruk. Beliau juga berpengalaman di dalam bidang pendidikan di mana beliau pernah menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah Kolej Darul Quran Islamiyyah dari tahun 2006 hingga 2018. Dan kini, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2018 sehingga sekarang.

Y.BHG. DATO HAJI MAZLAN BIN NGAH

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Y. BHG. Dato ‘Haji Mazlan Bin Ngah mempunyai pengalaman dan pernah bekerja dengan Perkhidmatan Awam Negeri. Beliau dilahirkan pada 19 Ogos 1954 di Dungun, Terengganu. Kelayakan akademik beliau adalah Sarjana Muda Ekonomi (Statistik) pada tahun 1977 dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Kolej Cardiff, University of Wales, United Kingdom. Sebelum bersara dari Perkhidmatan Awam Negeri pada Januari 2015, beliau merupakan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (16 Januari 2010, 31 Disember 2014). Beliau juga memegang beberapa jawatan di Kerajaan Negeri termasuk Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Presiden Majlis Perbandaran Kuala Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu. Kini beliau seorang pesara dan beliau kini dilantik sebagai Pengarah bagi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu iaitu Terengganu Strategic & Integrity Institute dan Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn. Bhd.

ENCIK AZRAN AMIN BIN MAZLAN

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Encik Azran Amin dilahirkan pada 10 September 1975. Beliau bekerja di SUK Terengganu sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Terengganu. Kelayakan akademik beliau adalah Ijazah Pentadbiran Perniagaan di UITM dan Pentadbiran Perniagaan Sarjana Muda di University of Wisconsin, Milwaukee USA. Pengalaman bekerja beliau sebelum ini ialah sebagai Pegawai Pentadbiran Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan pada 4 April 2001, Penolong Pengarah (Industri) UPEN di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu pada 2 Mei 2001, Pengurus di Pelabuhan Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Terengganu pada 16 Jun 2007 , Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran dan Harta) di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu pada 1 Oktober 2010, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Pemantauan dan Pelaburan) di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu pada 1 Oktober 2014, Pengarah Bajet di Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu pada 17 Mei 2015 dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Setiu mulai 5 September 2016.

Pengurusan