
16 Februari 2022 / 14 Rejab 1443
Kunjung Hormat ke bahagian pengurusan Duyong Marina & Resort
Pulau Duyong – Bahagian Pengurusan & Bahagian Kewangan TSIS telah melakukan satu sesi kunjung hormat ke Duyong Marina & Resort hari ini.
Bahagian Pengurusan & Kewangan telah diwakili oleh ketua bahagian masing-masing. Turut serta adalah ketua-ketua unit bahagian pengurusan serta pegawai unit pentadbiran dan pegawai sumber manusia.
Antara intipati perbincangan yang telah diutarakan adalah dari segi teknik pengurusan syarikat serta aspek sumber manusia. Adalah diharapkan dari sesi kunjungan pada kali ini, pelbagai perkongsian antara kedua pihak dapat menjamin pengurusan yang lebih unggul dan cemerlang di masa akan datang.


